
Kawan-kawan adalah insan yang penting dalam hidup kita. Selain keluarga tersayang, kawan-kawanlah tempat untuk kita berkongsi rasa, masalah, ber'enjoy' dan sebagainya.
Tapi ada jugak segelintir teman-teman yang hanya berkawan semasa ada di sisi sahaja. Maksud aku bila masing-masing habis sekolah dan ada haluan masing-masing terus lost contact. Mujurlah ada FB boleh jugak jadik penghubung. Nak harapkan contact melalui telefon memang takkan lah. Mungkin kalau adapun hantar mesej ucapan hari raya setahun sekali.
Kita kadangkala suka menyalahkan orang lain sebagai penyebab terputusnya sesuatu hubungan.Sombonglah, tak ingat kawanlah, dah femes lah. Itu mungkin adalah beberapa ayat yang kita sering tujukan kepada kawan kita yang lama tidak berhubung. Tapi apa salahnya kalau kita yang mulakan untuk contact kawan kita bertanya khabar dan bertanyakan kehidupan mereka.
Kadangkala aku juga terasa hati apabila ada kawan-kawan yang macam ingin melarikan diri daripada aku dan teman-teman yang lain. Bila diajak untuk berjumpa pasti ada alasannya. Kalau sekali dua mungkin boleh diterima. Tapi kalau selalu sangat bagi alasan paham-paham jer laa. Kalau busy sekalipun takkanlah takde keinginan langsung untuk berjumpa teman-teman yang hampir 1 tahun tidak berjumpa padahal dulunya sangat rapat dan boleh dikategorikan sebagai SAHABAT BAIK. Biarlah, mungkin mereka betul-betul sibuk.
0 500 orang nak tahu:
Post a Comment